Translate

Thursday, 11 May 2017

Kesahihan amalan Nisfu Sya'ban

RUMUSAN KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN
(Yang Perlu Diketahui Awam)

1. Ada beberapa hadis yang sahih berkaitan bulan Sya’ban, seperti: Nabi SAW banyak berpuasa pada bulan Sya’ban (al-Bukhariy & Muslim), kelebihan berpuasa secara umum pada bulan Sya’ban kerana amalan diangkat pada bulan tersebut (riwayat Ahmad & al-Nasaiy) dan some hukum-hakam puasa sunat pada bulan Sya’ban.

2. Ada juga hadis berkaitan kelebihan bulan Sya’ban dan Nisfu Sya’ban yang dinilai palsu serta tiada asalnya oleh para ulama hadis, seperti hadis: “Sya’ban bulanku” dan hadis Allah mengutuskan malam Nisfu Sya’ban kepada Jibril AS.

3. Hadis kelebihan berpuasa khusus sempena Nisfu Sya’ban juga tiada yang sahih. Manakala jika sekadar berpuasa sunat biasa atau puasa hari-hari putih (13, 14, 15) maka ia digalakkan.

4. Hadis solat khas Nisfu Sya’ban (100 rakaat-setiap rakaat dibacakan 10x surah al-Ikhlas) dinilai palsu oleh ramai ilmuwan hadis, antaranya: Ibn al-Jawziy, al-Dzahabiy, al-‘Iraqiy, Ibn Hajar al-Haytamiy, al-Syawkaniy, dan lain-lain.
Al-Tartusyiy menyebut solat ini diwujudkan pada kurun ke-5h oleh seorang lelaki dari Nablus, Palestin.
Tiada dari kalangan imam 4 mazhab fiqh utama dunia yang menggalakkan solat khas ini, baik Abu Hanifah, Malik, al-Syafi'iy, Ahmad, mahupun ulama-ulama hadis agung lain.

5. Tiada dalil sahih akan kelebihan malam Nisfu Sya’ban baik dari hadis Nabi SAW, mahupun athar para sahabat RA. Hadis dha’if yang diriwayatkan oleh Ibn Majah mengenai Allah mengampunkan dosa hambanya pada malam Nisfu Sya’ban pula tidak menunjukkan sebarang kelebihan khusus malam tersebut, kerana dalam Sahihayn, setiap malam Allah mengampunkan mereka yang memohon keampunan-Nya serta memakbulkan doa yang meminta pada satu pertiga akhir malam, tidak khusus pada malam Nisfu Sya’ban.

6. Sebahagian ahli Syam dari kalangan Tabi’in seperti Khalid bin Ma’dan dan lain-lain dilihat sebagai yang terawal memuliai malam Nisfu Sya’ban ini dengan menambah kesungguhan dalam beribadah padanya.
Ibn Rajab mengatakan ia berdasarkan athar Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut yang sampai kepada mereka (terdapat satu athar dari Nabi Dawud AS namun sanadnya penuh dengan perawi yang tidak dikenali!)??
Namun imam ahli Syam al-Awza’iy mengingkari perbuatan berhimpun di masjid demi meraikan malam tersebut.
Manakala ramai dari kalangan ulama Hijaz yang sezaman dengan ulama-ulama Syam di atas seperti ‘Ata’ bin Abi Rabah, Ibn Abi Mulaykah dan beberapa ashab Malik di Madinah lebih bertegas dengan menegah dari mengistimewakan ibadah pada malam tersebut walau secara bersendirian di rumah.

7. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Nabi SAW, para sahabat baginda RA & mereka yang mengikuti petunjuk mereka...Wallahu ta'ala a'lam...

Wednesday, 15 February 2017

Mati Itu Pasti

Ketika kau lahir didunia,
Kau tidak punya apa-apa,
Yang ada hanyalah duka,
Kau butuh sang perantara,
Dialah,Tuhanmu yang berkuasa.

Kau semakin dewasa,
Kau rakus mengejar dunia,
Yang penuh tipu daya,
Yang mengumpulkan segala dosa,
Ingatlah,jangan buat Rabbmu murka.

Lupakah kau amaran Tuhanmu?,
Yang berulang kali dalam Quranmu,
Bahana yang datang bertalu,
Kau langsung tidak malu,
Hatimu keras umpama batu.

Ajalmu pasti tiba,
Adakah kau bersedia?,
Adakah kau telah ittiba'?,
Cukupkah amal segala?,
Tepuk dada,tanya selera.

Siap sedia hadapi maut,
Datang tanpa dijemput,
Ketika cepat mahupun lambat,
Taubatlah serapat-rapat,
Segeralah sebelum terlewat.

Mati itu pasti,
Kau pasti merasai,
Jangan buat dosa lagi,
Kelak kau yang rugi,
Mohonlah ampun pada ilahi.

Tuesday, 14 February 2017

Jangan Gadai Aqidahmu

Kadangkala manusia alpa,
Lupa amaran Tuhannya,
Yang bergelomang dengan dosa,
Panduan hidup sudah tiada.
Ingatlah,ketika engkau hidup,
Engkau umpama daun redup,
Kekadang teguh,kekadang sayup,
Kerna hilangnya,aqidah yang hidup.
Lihatlah,ramai manusia jahil,
Jahil dengan Tuhannya,
Jahil dengan Rasulnya,
Jahil dengan Aqidahnya,
Akhirnya,Aqidahmu tergadai.
Bidaah menguasai,syirik berleluasa,
Manusia sanggup menghabiskan masa,
Mendatangi Dukun dan Pawang binasa,
Memakai Tangkal tanpa bersalah.
Dosa syirik tidak terampun,
Berdoalah dan memohon,
Tuhan sangatlah rahman,
Bertaubatlah,Tuhan maha pengampun.
Genggam erat Aqidahmu,
Tutuplah dalam qalbu,
Ikhlaskan beramal agar redha Tuhanmu,
Ingatlah,jangan gadai Aqidahmu.

Sunday, 1 January 2017

Tahun Baru,Kita Dimana?

Lihatlah,bergerombolan manusia,
Memenuhi ruang segenap segala,
Masing-masing sering melata,
Menunggu detik malam gelita.
Kau lupa,hari itu punya mereka,
Sedangkan kita ada harinya,
Tahun masehi untuk mereka,
Muharram,punya kita.
Tolonglah,jangan buang masamu,
Jangan penuhi maksiat itu,
Teguhkan aqidah kita yang satu,
Jauhkanlah hari maksiat itu.
Penuhilah harimu dengan ibadah,
Basahkan lidahmu dengan zikrullah,
Redha Tuhan,kau mesti redah,
Genggamlah,janji Tuhanmu yang indah.

Saturday, 5 November 2016

Status hadis malaikat maut ziarah 70 kali

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-40: HADIS TENTANG MALAIKAT MAUT ZIARAH MANUSIA 70 KALI SEHARI

Hadith

Hadith ini adalah hadith yang masyhur dan diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda :

إِنَّ مَلَكَ الْمَوْتِ لَيَنْظُرُ فِي وُجُوهِ الْعِبَادِ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعِينَ نَظْرَةً، فَإِذَا ضَحِكَ الْعَبْدُ بَعَثَ إِلَيْهِ يَقُولُ: يَا عَجَبَاهُ بُعِثْتُ إِلَيْهِ لأَقْبِضَ رُوحَهُ وَهُوَ يَضْحَكُ
Maksudnya : “Sesungguhnya malaikat maut akan melihat wajah-wajah hamba (manusia) setiap hari sebanyak 70 kali, apabila hamba tersebut ketawa maka akan diutuskan malaikat tersebut kepadanya lalu berkata: Sangat menghairankan, aku telah diutuskan kepada engkau untuk mengambil rohnya ketika dia sedang ketawa”. [Jami’ al-Kabir, 1:79454, no. hadith: 1741]

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Hukum hadith

Riwayat ini telah dihukum sebagai palsu oleh Ibn Iraq al-Kinani dan beliau telah memasukkannya di dalam kitabnya iaitu “Tanzih al-Syariah al-Marfu'ah 'an al-Akhbar al-Syani'ah al-Maudhu'ah”. [Lihat: 2:375]

Tarjih

Setelah kami meneliti dan menekuni riwayat tersebut, riwayat ini juga terdapat di dalam kitab “al-Tazkirah” oleh Imam al-Qurthubi dan juga di dalam “Tarikh al-Baghdad” oleh Ibn al-Najjar. Walaubagaimanapun, kami cenderung dan sependapat dengan Ibn Iraq bahawa hukum riwayat atau hadith ini adalah palsu. Untuk itu, kita tidak boleh sama sekali menyandarkannya kepada Nabi SAW ataupun menyebarkannya kepada orang lain.

Penutup

Kesimpulannya, mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadith adalah penting kerana Nabi SAW telah mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan terhadapnya dan juga kalamnya (hadithnya). Sebagaimana sabda Nabi SAW:

مَن حَدَّثَ عنِّي بِحديثٍ ، يَرَى أنَّهُ كَذِبٌ ، فَهُوَ أحَدُ الكاذِبَيْنِ
Maksdunya: “Barangsiapa yang berkata-kata daripadaku akan sebuah hadith dan dia melihat  bahawa ia adalah dusta maka dia adalah salah seorang daripada pendusta itu”.
(Riwayat Muslim, Tirmizi, Ibn Majah)

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.

Thursday, 3 November 2016

Nasihat Al Imam Shafie

Berkata Al-Imam Muhammad bin Idris As-Syafie rahimahullah:
Barangsiapa yang mahu dibukakan hatinya, Dan diberikan cahaya pada hatinya, Maka hendaklah dia :
1- Meninggalkan kata-kata yang tidak bermanfaat.
2- menjauhkan diri dari maksiat.
3- Menetapkan amalan tertentu antara dirinya Dan Allah.
4- banyak mengasingkan diri untuk ibadah (khulwah).
5- Sedikit makan.
6- Meninggalkan bercampur gaul dengan orang yang kurang akal (sufaha')
7- Membenci ahli ilmu yang menuntut ilmu kerana dunia semata2.
8- Membenci orang yang takda sikap insaf (Adil) Dan tidak beradab.

(Dinukil daripada mukaddimah kitab Al-Bayan Al-imam al-umrani al-Yamani as-syafie).

Tuesday, 1 November 2016

Janganlah Berduka

Payahnya menyelusuri kehidupan ini,
Kekadang melaluinya saat sendiri,
Orang datang berlalu pergi,
Akhirnya tinggal seorang diri.

Hati kelam lalu bersedih,
Jiwa juga turut merintih,
Naluri bergelora tersangat pedih,
Hati berduka,tiada yang kasih.

Ya tuhan,hilangkan duka ini,
Jauhkan diriku dari persepsi,
Jangan biarkan ia berulang lagi,
Aku letih,tidak ingin lagi bersendiri.

Sukarnya mengawal perasaan itu,
Kadang datang,kadang pergi,
Batin itu sangat terseksa,
Sendiri alami,bak jatuh membunuh diri,
Wahai hati,jangan lagi berduka..